2. Segala perbuatan manusia dicipta oleh Allah SWT, namun manusia diberi pilihan atau kehendak untuk melakukannya ataupun tidak serta dihitung baginya dosa dan pahala.
3. Meyakini kewujudan perkara-perkara ghaib seperti yang diwahyukan dalam al-Quran dan as-Sunnah
antaranya termasuklah persoalan kubur, hari akhirat, titian sirat, mizan, malaikat, jin dan sebagainya.
4. Meyakini bahawa syurga dan neraka telah wujud sebelum dijadikan makhluk. Kewujudan syurga dan neraka adalah kekal selama-lamanya.
5. Syafaat Rasulullah SAW adalah dengan izin Tuhannya termasuklah syafaat baginda untuk pelaku dosa besar kerana mereka masih dikira beriman.
6. Perutusan para nabi dan rasul adalah harus bagi Allah SWT dan merupakan rahmat Allah kepada manusia.
ASWJ TT5