Adakah al-Quran Makhluk?
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH : Meyakini bahawa al-Quran merupakan kalam Allah SWT yang bersifat QADIM (sedia ada)
MUKTAZILAH : Mengatakan bahawa al-Quran adalah makhluk yang bersifat HADIS (baharu).
Melihat Allah SWT
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH : Meyakini bahawa semua orang beriman dapat melihat Allah SWT pada hari akhirat kelak.
MUKTAZILAH : Mengatakan bahawa adalah mustahil makhluk boleh melihat Allah SWT kerana Allah tidak menyerupai makhluk.
Pelaku Dosa Besar
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH : Pelaku dosa besar tetap DIKIRA SEBAGAI MUKMIN bukan kafir dan dihukum fasik jika tidak bertaubat.
KHAWARIJ : Pelaku dosa besar dianggap kafir.
MUKTAZILAH : Pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan antara mukmin dengan kafir dan mereka kekal di dalam neraka.
Qadak dan Qadar
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH : Meyakini bahawa setiap perkara baik dan buruk datang daripada Allah SWT dan Allah SWT mengurniakan manusia akal untuk berfikir dan berikhtiar untuk memilih antara baik dan buruk.
MUKTAZILAH : Meyakini bahawa setiap perkara baik dan buruk datangnya daripada manusia semata-mata.
Kedudukan Iman
AHLI SUNNAH WAL JAMAAH : Mempercayai bahawa iman boleh bertambah dan berkurang bergantung pada amal soleh dan maksiat yang dilakukan.
KHAWARIJ DAN MUKTAZILAH : Iman tidak boleh bertambah dan berkurang. Iman ada apabila melakukan kebaikan dan iman hilang apabila melakukan kemungkaran.
ASWJ